Monday, February 21, 2011

REFLEKSI

1. Kepentingan memahami peraturan berbahasa ialah :

A. Mengelakkan penulis melakukan kesalahan dalam penggunaan bahasa atau dalam sesuatu penulisan.
  • Apabila kesalahan berbahasa dapat dielakkan, maksud sesuatu hasil penulisan dapat disampaikan dengan jelas dan tepat.
  • Sebagai contoh, surat khabar perlu ditulis mengikut peraturan berbahasa agar berita atau maklumat yang disampaikan mudah difahami pembaca.
B. Memupuk minat orang ramai terhadap bahasa.
  • Apabila sesuatu penulisan ditulis dengan jelas dan tepat, orang ramai akan tertarik untuk membaca hasil penulisan tersebut.
  • Sebagai contoh, buku biografi yang ditulis perlu menyampaikan maklumat yang benar dan ditulis dengan tepat supaya pembaca tertarik dengan buku yang ditulis, seterusnya mendorong orang lain untuk turut membaca buku berkenaan.

1 comment:

  1. Ramai yang masih dibawa arus kesalahan berbahasa. Bila ditanya kenapa, jawapannya - Hal remeh... Haruskah kita pelajar BM penulisan membiarkannya???

    ReplyDelete