Friday, April 15, 2011

Ulasan untuk Kelas SBLM1023

Salam 1 Malaysia...

      Yang Dihormati pensyarah kita iaitu En. Nasrol Hadi bin Ahmad Shukeri dan kawan-kawan sekelas sekalian. Tujuan saya menulis dalam blog pada kali ini adalah untuk memberi ulasan berkenaan kelas kita iaitu kelas Pengantar Penulisan SBLM 1023 kumpulan C.
      
     Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada En. Nasrol kerana amat berdedikasi dalam menjalankan tugas beliau. Banyak ilmu yang dikongsi bersama pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa dan agama. Cara pengajaran beliau juga amat disenangi kerana kami disediakan dengan nota-nota dalam learningzone dan juga buku sebagai rujukan. Penerangan yang diberikan juga jelas dan mudah difahami serta penggunaan alat bantuan mengajar seperti komputer yang efektif.

     Hubungan beliau dengan para pelajar juga baik dan menunjukkan sikap profesional semasa mengajar. Kami amat beruntung kerana mendapat pensyarah seperti beliau tambahan pula beliau bukan seorang pensyarah yang garang (jangan marah ye En. Nasrol). Sebab itu, kami tidak stress bila masuk kelas beliau.

   Selain itu, hubungan saya dengan kawan-kawan sekelas juga baik walaupun kami daripada bidang yang berbeza. Subjek pengantar penulisan juga amat sesuai diambil oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bidang terutama mereka yang berminat dengan Bahasa Melayu dan penulisan.

    Terima kasih En. Nasrol kerana sudi mengajar kami. Doakan kami mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir nanti ye. Amin...

Sekian, terima kasih.