Monday, February 21, 2011

REFLEKSI

3. Pada zaman sekarang, terdapat pelbagai bentuk penulisan baru seperti novel dan komik. Kebiasaannya, bentuk penulisan seperti ini tidak terlalu mematuhi peraturan berbahasa bagi mengelakkan pembaca berasa bosan. Hal ini kerana, novel dan komik ditulis untuk memberi keseronokan kepada pembaca. Oleh itu, penggunaan sesuatu ayat atau sesuatu tatabahasa tidak boleh terlalu terikat dengan peraturan berbahasa.

Walau bagaimanapun, masih terdapat lagi bentuk penulisan yang mematuhi peraturan berbahasa seperti bahan bacaan ilmiah (tesis dan jurnal) dan juga surat khabar. Bentuk-bentuk penulisan seperti ini perlu mematuhi peraturan berbahasa kerana diguanakan sebagai rujukan dalam sesuatu kajian dan juga bagi mengelakkan salah faham pembaca terhadap maklumat yang disampaikan.

REFLEKSI

2. Tidak semua genre penulisan perlu mematuhi peraturan berbahasa kerana :
  • Tujuan sesuatu penulisan yang dihasilkan adalah tidak sama. Terdapat penulisan yang ditulis untuk dijadikan sebagai bahan ilmiah atau digunakan dalam acara rasmi tetapi ada juga penulisan yang bertujuan untuk memberi hiburan atau keseronokan.
  • Sebagai contoh, ucapan untuk majlis rasmi perlu ditulis secara formal dan mengikut peraturan berbahasa manakala novel dan komik pula ditulis untuk memberi keseronokan dan rasa santai kepada pembacanya.
  • Bagi menimbilkan rasa santai, penulis tidak boleh terikat dengan peraturan kerana boleh menimbulkan kebosanan kepada pembaca.

REFLEKSI

1. Kepentingan memahami peraturan berbahasa ialah :

A. Mengelakkan penulis melakukan kesalahan dalam penggunaan bahasa atau dalam sesuatu penulisan.
  • Apabila kesalahan berbahasa dapat dielakkan, maksud sesuatu hasil penulisan dapat disampaikan dengan jelas dan tepat.
  • Sebagai contoh, surat khabar perlu ditulis mengikut peraturan berbahasa agar berita atau maklumat yang disampaikan mudah difahami pembaca.
B. Memupuk minat orang ramai terhadap bahasa.
  • Apabila sesuatu penulisan ditulis dengan jelas dan tepat, orang ramai akan tertarik untuk membaca hasil penulisan tersebut.
  • Sebagai contoh, buku biografi yang ditulis perlu menyampaikan maklumat yang benar dan ditulis dengan tepat supaya pembaca tertarik dengan buku yang ditulis, seterusnya mendorong orang lain untuk turut membaca buku berkenaan.