Friday, April 15, 2011

Ulasan untuk Kelas SBLM1023

Salam 1 Malaysia...

      Yang Dihormati pensyarah kita iaitu En. Nasrol Hadi bin Ahmad Shukeri dan kawan-kawan sekelas sekalian. Tujuan saya menulis dalam blog pada kali ini adalah untuk memberi ulasan berkenaan kelas kita iaitu kelas Pengantar Penulisan SBLM 1023 kumpulan C.
      
     Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada En. Nasrol kerana amat berdedikasi dalam menjalankan tugas beliau. Banyak ilmu yang dikongsi bersama pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa dan agama. Cara pengajaran beliau juga amat disenangi kerana kami disediakan dengan nota-nota dalam learningzone dan juga buku sebagai rujukan. Penerangan yang diberikan juga jelas dan mudah difahami serta penggunaan alat bantuan mengajar seperti komputer yang efektif.

     Hubungan beliau dengan para pelajar juga baik dan menunjukkan sikap profesional semasa mengajar. Kami amat beruntung kerana mendapat pensyarah seperti beliau tambahan pula beliau bukan seorang pensyarah yang garang (jangan marah ye En. Nasrol). Sebab itu, kami tidak stress bila masuk kelas beliau.

   Selain itu, hubungan saya dengan kawan-kawan sekelas juga baik walaupun kami daripada bidang yang berbeza. Subjek pengantar penulisan juga amat sesuai diambil oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bidang terutama mereka yang berminat dengan Bahasa Melayu dan penulisan.

    Terima kasih En. Nasrol kerana sudi mengajar kami. Doakan kami mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir nanti ye. Amin...

Sekian, terima kasih.

Saturday, March 19, 2011

Ciri-ciri penulisan dalam video UntukMu CintaKu...

1. Bersifat imaginatif dan figuratif.

        Ku Sedar Diri Tidak
        Seumpama Bunga Mawar-simile
        Yang kembang Mekar Di Taman
              
               &
       Ku Sedar Diri Tidak
       Seumpama Bintang-simile
       Yang Berkelipan Di Malam Hari

2. Menggunakan ragam aktif.

  • Ayat-ayat pendek yang memberi fokus kepada pelaku dan aksi yang dicerita penulis.
                      Cintaku...
                      Kejujuranmu Menambat Hatiku
                      Kesungguhanmu Menjadikan
                      Hidupku Lebih Bermakna
                      Keikhlasanmu Mengikat Hatiku

3. Bersifat Komunikatif.

  •       Penulis menggambarkan apa yang dialami dan dirasai terhadap insan yang dicintai.
4. Memilih Diksi Secara Berhati-Hati.

  • Kata-kata yang diguna diharapkan dapat memberi maksud yang ingin disampaikan.
  • Dalam puisi UntukMu Cintaku kata-kata yang diguna banyak berkaitan cinta dan kasih sayang.
  • Contohnya:
                      Kehadiranmu membawa sinar dalam hidupku

5. Bernada puitis.

  •  Kata-kata yang digunakan dalam puisi ini mudah difahami dan dapat menimbulkan kesan keindahan kepada gambaran yang diberikan.
  • Contoh:
             Aku ikhlas mencintaimu seikhlas hatiku
            Aku ikhlas bersamamu di susah dan senangmu
            Walau apa jua halangan yang tiba

UntukMu CintaKu...Khas Buat Mereka Yang Sedang Bercinta





Bukan mudah untuk bertemu seseorang yang mencintai kita dengan setulus hati. Jika sudah berjumpa dengan "Mr.Right atau Ms.Right" yang benar-benar ikhlas terhadap diri kita, hargaialh insan tersebut. Peluang hanya datang sekali...

Semoga anda semua bahagia bersama insan yang tersayang.

Sekian..

Monday, February 21, 2011

REFLEKSI

3. Pada zaman sekarang, terdapat pelbagai bentuk penulisan baru seperti novel dan komik. Kebiasaannya, bentuk penulisan seperti ini tidak terlalu mematuhi peraturan berbahasa bagi mengelakkan pembaca berasa bosan. Hal ini kerana, novel dan komik ditulis untuk memberi keseronokan kepada pembaca. Oleh itu, penggunaan sesuatu ayat atau sesuatu tatabahasa tidak boleh terlalu terikat dengan peraturan berbahasa.

Walau bagaimanapun, masih terdapat lagi bentuk penulisan yang mematuhi peraturan berbahasa seperti bahan bacaan ilmiah (tesis dan jurnal) dan juga surat khabar. Bentuk-bentuk penulisan seperti ini perlu mematuhi peraturan berbahasa kerana diguanakan sebagai rujukan dalam sesuatu kajian dan juga bagi mengelakkan salah faham pembaca terhadap maklumat yang disampaikan.

REFLEKSI

2. Tidak semua genre penulisan perlu mematuhi peraturan berbahasa kerana :
  • Tujuan sesuatu penulisan yang dihasilkan adalah tidak sama. Terdapat penulisan yang ditulis untuk dijadikan sebagai bahan ilmiah atau digunakan dalam acara rasmi tetapi ada juga penulisan yang bertujuan untuk memberi hiburan atau keseronokan.
  • Sebagai contoh, ucapan untuk majlis rasmi perlu ditulis secara formal dan mengikut peraturan berbahasa manakala novel dan komik pula ditulis untuk memberi keseronokan dan rasa santai kepada pembacanya.
  • Bagi menimbilkan rasa santai, penulis tidak boleh terikat dengan peraturan kerana boleh menimbulkan kebosanan kepada pembaca.

REFLEKSI

1. Kepentingan memahami peraturan berbahasa ialah :

A. Mengelakkan penulis melakukan kesalahan dalam penggunaan bahasa atau dalam sesuatu penulisan.
  • Apabila kesalahan berbahasa dapat dielakkan, maksud sesuatu hasil penulisan dapat disampaikan dengan jelas dan tepat.
  • Sebagai contoh, surat khabar perlu ditulis mengikut peraturan berbahasa agar berita atau maklumat yang disampaikan mudah difahami pembaca.
B. Memupuk minat orang ramai terhadap bahasa.
  • Apabila sesuatu penulisan ditulis dengan jelas dan tepat, orang ramai akan tertarik untuk membaca hasil penulisan tersebut.
  • Sebagai contoh, buku biografi yang ditulis perlu menyampaikan maklumat yang benar dan ditulis dengan tepat supaya pembaca tertarik dengan buku yang ditulis, seterusnya mendorong orang lain untuk turut membaca buku berkenaan.

Friday, January 28, 2011

Penghargaan

Terima kasih kepada Encik Nasrol Hadi Bin Ahmad Shukeri dan kawan-kawan yang sudi menjadi "follower" blog saya.Sekiranya ada komen atau pandangan di Blog Si Beluncas, saya amat mengalu-alukannya.

Sekian, terima kasih.